Friday, September 5, 2008

masak rendang

hehe..lama x on9...cbuk jer sejak kebelakangan nih...masa 1'st poser den wat rendang ngeh3...
resipi copy jer...tapi jadik tau...

Pucuk paku...

Bahan-bahan

  • 2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
  • 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
  • 1 1/2 inci kunyit
  • segenggam ikan bilis
  • 3 keping asam keping
  • pati santan dari 2 biji kelapa.
  • garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa. Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.
  2. Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.
  3. Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan.
RENDANG DAGING

Bahan-Bahan :
1 kilo daging lembu/kambing (dipotong 10 -12 keping atau ikut citarasa)
500 ml santan pekat KARA
1 paket kerisik
2-3 helai daun kunyit (hiris halus2)
beberapa helai daun limau purut

gula (3- 4 sudu makan)
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa jika suka

Bahan Untuk DiKisar
20 tangkai cili kering
12-15 batang cili padi kampong
2 biji bawang besar
8 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1½ inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 sudu besar ketumbar }
1 sudu teh jintan halus }
1 sudu teh jintan kasar } ... disangai sebentar

Cara :
1. Masukkan daging ke dalam periuk/kuali bersama bahan2 kisar dan lain-lain bahan kecuali gula, garam dan perasa. Masak di atas api sederhana sehingga daging separuh empuk lalu masukkan gula, garam dan perasa. Biarkan daging masak hingga empuk dan kuahnya kering sedikit sebelum diangkat dari api utk dihidangkan.

No comments: