Monday, September 29, 2008

Saja2 nak nyanyi kat bilik...lagu raya yg touching buat ku...

Sepasang Kurung Biru

Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )

Selamat Hari Raya pada semua...maaf zahir & batin

Dari kejauhan ini aku amat merindui kamu...hati selalu merisau kan segala galanyer..rindu...sgt pada syg...

Sunday, September 28, 2008

Jalan2 kehidupan - dari johor ke kuala lumpur...

Tompek jatuh lagi dikonang...

Saja nyingah2 kek tugu peringatan world war 2...

Gemas Railway Station...masih seni bina lama...ala2 gitew...

Pekan Gemas dalam keadaan wet wet wet...hehe u know wht I mean...

Segamat...




Dataran Labis...Johor

Sempat gak amik pic kat signboard...propa lah sgt...

hehe....Aku Kat Raja Alang & Masjid India

Permandangan di Jalan Raja Alang...orang ramai tgh bersesak sesak beli juadah berbuka

Terlepas pulak...kat nasi lemak antarabangsa sahur kat sini and with frenz..rindu pada sidia...

Hehe...sebagai ingatan tulus ikhlas..bulan2 poser ni bykkan Ibadat gitu..mati ni bebila jerkan.Tanpa diundang dan kita sedari...

Permandangan di Pintu gerbang Jalan Raja Musa Kg.Baru...waktu malam yg mengasyikan....

Hehe..tgh tunggu nk buka poser..bersama rakan2...

Restoren yg kami g buka poser...lupa daa nama dia...

Suasana Gerbang Jalan Raja Musa sebelum magrib...remind me heheh

Jalan Masjid India...beli baju melayu...hevoc giler...waduh...

Hehe...my frenz...

Perh...x der tmpt nk jalan...bz tol...

Aku merindui kamu syg...

Me again n cookiesfrenz

again me and cookiesfrenz
Alone and thinking of u all the day long...

Masih kah ada sinar untuk


Aku lagi...


Ayam Masak Merah

1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)garam,
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari }

bahan perap
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
minyak untuk menggoreng terendam
garam,
gula secukupnya

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan dikisar:

6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }1 camt jintan putih } disangai/goreng tanpa minyak
½ camt jintan manis }
1. Perap ayam, garam,
lada hitam dan bahan perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3. Keluarkan dari kuali
3 camb minyak,
bubuh bawang besar dan bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5. Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat dan hidangkan.

Nasi Ayam BBQ

air untuk merebus ayam1 ekor ayam,
anggaran 2 kg8 cm halia,
dihiris garam
Bahan Perap:

3 camb kicap cair75 ml sos tomato
2 camb sos cili1 camb madu2 camb gula melaka, dicincang halus
1 camb jus limau nipis
2 camt parutan halia3 ulas bawang putih, dicincang halus2 camb air

Bahan Nasi :

1.25 kg beras1
60 ml minyak
garam
4 ulas bawang putih, dititik
2 camb stok pekat ayam (dlm botol), jika sukaair rebusan ayam

Bahan Sos Cili (kisar halus) :

100 g halia
50 g bawang putih
50 g bawang merah
200 g cili merah
5-6 biji limau kasturi, diperah jusnya
garam & gula
60 ml sos tomato

Bahan Sos Ayam (campur) :

1 camt gula
1 camt minyak bijan
2 camb kicap cair
2 camb sos tiram
200 ml air rebusan ayam

Bahan Sampingan:

daun salad,
timun dan tomato (dihiris)

Untuk memasak ayam.

Jerang air dlm periuk besar hingga mendidih. Masukkan ayam, halia dan garam. Tutup periuk dan masak atas api sederhana selama 5 min, kemudian padamkan api dan biar ayam di dalam air itu selama 20-25 min. Angkat ayam dan celupkan dalam air biasa. Biar 10 min kemudian gantung ayam selama 30 min supaya kering airnya. Lumur dengan bahan perap dan biar ayam selama 3 jam sebelum dibakar/panggang.Untuk memasak nasi. Panaskan minyak, masukkan beras, bawang putih dan garam, kacau hingga beras bersalut dengan minyak. Tuangkan air rebusan ayam dan stok ayam ke paras 2 cm lebih tinggi dari beras. Jerang hingga kering airnya kemudian perlahankan api dan tutup periuk.Untuk sos. Kisar cili dengan garam, cuka dan gula. Isikan ke dalam mangkuk kecil. Satukan kicap, sos tiram dan sedikit air rebusan ayam. ]

Friday, September 5, 2008

hehe..aku selera nak makan maka dgn itu terbitlah resipi2 utk dicuba sendiri kat umah

Sambal Telur

Bahan-Bahan:

3 biji telur
1 bawang besar(hiris)
2 bawang putih(hiris)
cili boh

kicap manis
garam
minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan garam, tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur masak.
4. Setelah telur masak masukkan sedikit kicap manis dan hidang.

Kari Telur

Bahan-Bahan:

4 biji telur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili muda
2 sudu besar serbuk kari
½ biji kelapa parut
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar kicap tomato
Garam secukupnya
1 sudu teh air limau nipis

Cara membuatnya:

Telur direbus keras & kupas. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. Kelapa ambil 2 cawan santan. Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit). Sebelum menghidang, telur dibelah 2 & aturkan di dalam pinggan. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina.

masak rendang

hehe..lama x on9...cbuk jer sejak kebelakangan nih...masa 1'st poser den wat rendang ngeh3...
resipi copy jer...tapi jadik tau...

Pucuk paku...

Bahan-bahan

  • 2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
  • 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
  • 1 1/2 inci kunyit
  • segenggam ikan bilis
  • 3 keping asam keping
  • pati santan dari 2 biji kelapa.
  • garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa. Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.
  2. Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.
  3. Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan.
RENDANG DAGING

Bahan-Bahan :
1 kilo daging lembu/kambing (dipotong 10 -12 keping atau ikut citarasa)
500 ml santan pekat KARA
1 paket kerisik
2-3 helai daun kunyit (hiris halus2)
beberapa helai daun limau purut

gula (3- 4 sudu makan)
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa jika suka

Bahan Untuk DiKisar
20 tangkai cili kering
12-15 batang cili padi kampong
2 biji bawang besar
8 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1½ inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 sudu besar ketumbar }
1 sudu teh jintan halus }
1 sudu teh jintan kasar } ... disangai sebentar

Cara :
1. Masukkan daging ke dalam periuk/kuali bersama bahan2 kisar dan lain-lain bahan kecuali gula, garam dan perasa. Masak di atas api sederhana sehingga daging separuh empuk lalu masukkan gula, garam dan perasa. Biarkan daging masak hingga empuk dan kuahnya kering sedikit sebelum diangkat dari api utk dihidangkan.